Program : Pemeriksaan, rawatan & ceramah pergigian
Tarikh : 27 Febuari - 03 Mac 2017
Oleh : Klinik Pergigian Daerah Lahad Datu
Pemeriksaan dan rawatan pergigian merupakan program wajib yang dijalankan setiap tahun. Setiap murid sekolah akan menjalankan pemeriksaan pergigian dan menerima rawatan menampal atau mencabut gigi sekiranya perlu. Murid Pendidikan Khas juga tidak terkecuali dalam program tersebut.
Pada tahun ini juga telah diadakan ceramah pergigian khusus untuk murid-murid berkeperluan khas. Semua murid dan ibu bapa diberi pendedahan tentang cara menjaga kesihatan gigi.
Aidil |
Iman |
Ryan |
Ceramah kesihatan gigi |
No comments:
Post a Comment