Program : Karnival Keusahawan & Hari Kantin 2016
Anjuran : Program Pendidikan Khas Integrasi SKBESS
Tarikh : 30 Ogos 2016
Hari : Selasa
Karnival Keusahawan & Hari Kantin merupakan karnival yang pertama kali diadakan oleh PPKI SKBESS. Ianya telah berlangsung di kawasan kelas Pendidikan Khas. Objektif utama pelaksanaan karnival ini ialah untuk melengkapkan komponen prokhas 1 PASR pada tahun 2016. Melalui tugasan prokhas 1 ini, seramai 6 orang murid yang menduduki ujian telah melakukan projek menanam sayur bayam. Pada minggu akhir pelaksanaan ujian, murid dikehendaki menjual hasil tanaman mereka.
Dalam karnival ini, murid-murid perlu menjual sayur bayam. Melaluinya juga murid dinilai oleh pentaksir. Selain jualan bayam, murid-murid lain dengan dibantu oleh guru dan pembantu pengurusan murid menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Antaranya ialah nasi goreng, mee goreng, jeruk buah, aiskrim, keropok, sumi dan sebagainya.
![]() |
gerai diserbu murid prasekolah |
Selain warga SKBESS, kami juga turut menjemput PPKI Lahad Datu untuk sama-sama memeriahkan karnival yang dijalankan.
![]() |
SMK Terusan |
![]() |
SK Pekan |
Terima kasih kepada semua yang hadir. Maaf atas segala kekurangan ^_^
No comments:
Post a Comment