Patterned Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, 24 February 2016

Abseiling SK Pekan

Program : Aktiviti Gerak-Gerak Khas dalam Minggu Pengurusan Diri Program Pendidikan                                  Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu Tahun 2016
Anjuran : Program Pendidikan Khas Integrasi SK Pekan Lahad Datu
Tarikh : 26 Januari 2016
Hari : Selasa

Merupakan program di mana PPKI SK Pekan menjemput guru-guru, PPM serta murid PPKI Lahad Datu menyertai program mereka. Dalam program tersebut, murid-murid PPKI perlu melakukan aktiviti abseiling untuk menguji tahap keyakinan dalam diri masing-masing. Aktiviti tersebut telah dijalankan di SK Pekan.
bersedia nak panjat -Mohammaddin-

senyum cover kecut perut dari Amansyah
rehat dulu...makan bersama murid SK Pekan
abseiling turun bangunan sekolah
nak balik dah

Layan video dulu :-)

Alhamdulillah...aktiviti telah berjalan dengan lancar. Semoga dengan aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan antara PPKI Lahad Datu :))

Tuesday, 23 February 2016

Salam perkenalan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...
Ini merupakan blog Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Batu 6 1/2 Segama, Lahad Datu, Sabah. Tujuan blog ini adalah untuk berkongsi apa sahaja aktiviti, maklumat dan pandangan melibatkan Program Pendidikan Khas dan warga Pendidikan Khas. Sebarang maklumat bolehlah dikongsi bersama dan semoga ianya bermanfaat untuk kita semua...inshaAllah~


Sejarah penubuhan PPKI SKBESS


Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Batu 6 1/2 Segama telah ditubuhkan pada 3 Januari 2011 dan beroperasi di bahagian dapur pra sekolah pada awal penubuhannya. Namun demikian atas kerjasama pihak sekolah khususnya barisan pentadbir, Unit Pendidikan Khas telah mendapat 2 buah bilik untuk digunakan sebagai pusat pentadbiran Unit Pendidikan Khas serta menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini, PPKI menerima punca kewangan daripada Jabatan Pendidikan Khas & Swasta serta sumbangan-sumbangan daripada pihak pentadbiran sekolah.

Guru perintis kepada PPKI ini adalah En. Mohd Azli Bin Matasan. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mencari murid, mengurus pentadbiran program, sebagai tenaga pengajar dan pelbagai lagi dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Manakala murid perintis kepada PPKI SK Batu 6 1/2 ialah Mohamad Hazmi Hizuan Bin Hasi yang merupakan murid bekeperluan khas bermasaalah pembelajaran (Autism).

Pada penghujung tahun, guru Pendidikan Khas bertambah seorang lagi dengan bertambahnya beberapa orang murid. Kemudian, program dibantu oleh seorang pembantu pengurusan murid. Dari masa ke semasa, PPKI SKBESS semakin berkembang dengan pertambahan guru dan muridnya. PPKI ini juga semakin mengorak langkah ke arah kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi turut menekankan kejayaan dalam bidang sukan. 

PPKI SKBESS kini merupakan salah satu program PPKI yang wujud di Lahad Datu yang mana pada masa kini terdapat 5 sekolah rendah dan 4 sekolah menengah yang menawarkan PPKI di daerah ini. Semoga PPKI SKBESS akan terus dikenali dan menjadi kebanggaan semua. 

Senarai guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) sehingga kini :-

En. Mohd Azli Bin Matasan (2011 hingga kini) 
Pn. Kastiya Binti Pudding (2011 - 2014)
Cik Rohanah Binti Juen (2013 - Julai 2015) ~ PPM
Cik Nurhaimi Binti Abdul Rahman (April 2014 - November 2015)
Cik Siti Nor Afiqa Binti Abdul Aziz (Januari 2015 hingga kini)