Patterned Text Generator at TextSpace.net

Sunday 1 October 2017

Perkhemahan Unit Beruniform SKBESS 2017

Program : Perkhemahan Unit Beruniform SKBESS 2017
Anjuran : Unit Kokurikulum SKBESS
 Tarikh : 18 - 20 September 2017 (Khamis)

Perkhemahan Unit Beruniform SKBESS merupakan perkhemahan tahuanan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum sekolah. Perkhemahan ini disertai oleh murid tahap II aliran perdana. Walaubagaimanapun, murid PPKI yang boleh mengurus diri sangat dialu-alukan menyertai program tersebut. Pada tahun ini, seorang murid PPKI telah terlibat dengan perkhemahan tersebut. Dengan menyertai perkhemahan ini, murid berpeluang bergaul dan berinteraksi dengan murid-murid lain. Semoga dengan ini murid dapat membina keyakinan diri yang lebih tinggi serta mampu untuk berdikari. 





Tahniah diucapkan kepada Danny Hafzan yang telah menamatkan perkhemahan dengan jayanya. 

Monday 11 September 2017

Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan

Program : Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan 2017
Anjuran : Unit Kokurikulum SKBESS
 Tarikh : 07 September 2017 (Khamis)

Penutupan Bulan Kemerdekaan merupakan sambutan yang dijalankan pada setiap tahun. Ianya adalah kemuncak program setelah sebulan berlangsungnya pelbagai aktiviti kemerdekaan di sekolah. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ialah pertandingan mewarna, kuiz teka silang kata, pertandingan nyanyian lagu patriotik, pertandingan reka cipta, pertandingan hiasan kelas merdeka serta pertandingan sajak. Manakala aktiviti yang diadakan pada sambutan penutupan ialah pertandingan pakaian beragam serta kayuhan merdeka.

          Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu patriotik dan penyampaian hadiah. Murid PPKI turut tidak ketinggalan untuk terlibat dengan pelbagai pertandingan. Antaranya ialah pertandingan mewarna, kayuhan patriotik, pakaian beragam dan nyanyian lagu patriotik.

Pertandingan mewarna

Pertandingan kayuhan merdeka

Pakaian beragam
Sebahagian warga PPKI

Selamat Hari Merdeka yang ke-60 daripada kami warga PPKI SKBESS. Semoga anak-anak diasuh untuk kasih dan cinta akan negara kita Malaysia.

~Salam Sehati Sejiwa~


Saturday 26 August 2017

Program Ikhtiar Hidup Pengakap Khas

Program : Program Ikhtiar Hidup Pengakap Khas
Anjuran : Unit Kokurikulum PPKI SKBESS
Tarikh : 16 Ogos 2017 
Tempat : Padang SKBESS

Program Ikhtiar Hidup merupakan program perkhemahan murid PPKI di bawah unit beruniform Pengakap Khas. Dalam program ini, murid diberi peluang untuk menimba pengalaman hidup berdikari di dalam hutan. Antara pengisian program ialah pertandingan memasang khemas, pertandingan memasak ala rimba serta pertandingan membina gajet. Dengan bimbingan guru dan kerjasama daripada ibu bapa, program ini telah berjalan dengan lancar. 

memasak menggunakan dapur arang


bantuan kecemasan asas

membina gajet



Sunday 30 July 2017

Kejohanan Sukan Pendidikan Khas Peringkat Negeri

Program : Kejohanan Sukan Pendidikan Khas Peringkat Negeri  
Tarikh : 22 - 23 Julai 2017 
Tempat : Mini Kompleks Sukan, SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang

Dalam kejohanan sukan peringkat negeri pada kali ini, PPKI SKBESS telah menghantar seorang wakil iaitu Mohammaddin B. Ansar bersama beberapa orang murid dari PPKI SK Sepagaya, SMK Terusan dan SMK Segama mewakili Zon Tenggara untuk menyertai kejohanan balapan dan padang. Walaupun tiada acara yang dimenangi, namun pengalaman yang diperoleh murid-murid untuk bersaing di peringkat negeri adalah amat membanggakan. 





Sunday 28 May 2017

Majlis Pelangi Terindah

Program : Majlis Pelangi Terindah PPKI 
Tarikh : 25 Mei 2017 (Khamis)
Tempat : Thai Siam, iPeak


Pada 25 Mei telah diadakan Majlis Pelangi Terindah bertempat di Thai Siam, iPeak. Program ini diadakan bertujuan bersempena Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Ibu dan Sambutan Hari Lahir murid dan guru yang lahir dari bulan Januari sehingga Jun. 

       Majlis yang bermula dari jam 8 pagi ini dimeriahkan dengan pelbagai program seperti acara potong kek, permainan rebut kerusi, pertandingan mekap antara ibu dan anak serta karaoke guru dan ibu bapa.

Simbolik Sambutan Hari Ibu (serah bunga pada ibu)

Pertandingan mekap ibu


Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa menghadiri majlis pada kali ini. Jumpa lagi pada majlis yang akan datang hujung tahun ni ya... :D

Thursday 18 May 2017

Home Visit

Program : Home Visit 
Tarikh : 18 Mei 2017 (Khamis)
Anjuran : PPKI SKBESS

Program Home Visit merupakan satu program di mana warga PPKI dengan kerjasama barisan pentadbir telah mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah murid bekeperluan khas yang dikenalpasti mempunyai masalah kewangan. Pada kali ini, sebanyak 3 buah rumah terpilih untuk menerima sumbangan yang terdiri daripada wang ringgit serta makanan mentah iaitu beras, telur, tepung gandum, minyak masak, mee, susu dan lain-lain keperluan asas.

       
Rumah Kamarul

Rumah Qistina

Rumah Endtie
Dalam lawatan pada kali ini, keluarga Kamarul, Qistina dan Endtie telah menerima sumbangan tersebut. Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada keluarga mereka. 

        Jutaan terima kasih diucapakan kepada beberapa individu yang telah menghulurkan sumbangan dan sokongan dalam menjayakan program Home Visit pada kali ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan semoga kalian dilimpahkan rezeki yang berkat...Aamiin.


Friday 12 May 2017

Lawatan Sambil Belajar

Program : Lawatan Sambil Belajar ke PDK, Perpustakaan & Balai Bomba Lahad Datu
Tarikh : 11 Mei 2017 (Khamis)
Anjuran bersama : PPKI SKBESS, UBK SKBESS & PPKI SK Sepagaya

Alhamdulillah, pada tahun ini untuk pertama kalinya telah diadakan lawatan sambil belajar melibatkan 3 unit iaitu PPKI SKBESS, UBK SKBESS & PPKI SK Sepagaya. Seramai 34 orang murid, 14 orang guru serta 3 orang pembantu pengurusan murid melibatkan gabungan 3 unit tersebut. Lawatan telah diadakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Perpustakaan Negeri Cawangan Lahad Datu dan Balai Bomba Lahad Datu. 

       Objektif utama lawatan diadakan adalah untuk memberi suatu pengalaman belajar di luar bilik darjah bagi murid-murid bekeperluan khas. Selain itu, supaya murid-murid dapat berinteraksi dengan masyarakat luar.

       Terima ksih atas kerjasama semua dalam menjayakan lawatan pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam program yang akan datang.

~PDK~

~Perpustakaan~

~Balai Bomba~
  
Antara aktiviti di PDK, senaman bersama

Persembahan badut oleh Uncle Loy di PNS LD

Murid diberi peluang memakai pakaian bomba